Friday, November 27, 2009

Ulasan 'Harry Potter' Siri 5

HARRY POTTER DI SEBALIK TABIR -SIRI 5

PADA simbol, benda, istilah serta perkara lain yang berkaitan dengan sihir di dalam cerita ini (yang dipromosikan) antaranya adalah benda dan simbol yang menjadi asas di dalam suatu ilmu sihir itu seperti :

Burung Hantu (The Owl)

Burung Hantu cukup dikenali dengan simbol kebijaksanaan dan pengetahuan. Hakikatnya, pengertian ini tidak benar dan sudah dimanipulasikan. Simbol Burung Hantu (The Owl) adalah bersumberkan dari perkara asas kabbalah dalam ritual Osirian Mesir Kuno yang mewakili Dewi Iblis bernama Lilith. Burung ini sejak lama menjadi simbol bagi okultisme, shamanisme (mungkin kita agak familiar dengan cerita kartun Shaman King), dan sejumlah ritual Luciferian (penyembahan syaitan).


Dalam mitologi okultisme, Dewi Iblis Lilith dianggap isteri pertama Adam sebelum Eva ( Hawa ). Disebabkan Lilith ingin menguasai semuanya, termasuk menguasai Adam, maka dia dibuang ke bumi dan kemudiannya berkahwin dengan Lucifer,The Fallen Angel yang juga turut dibuang dari surga ke bumi. Perkawinannya dengan Lucifer telah menghasilkan Baphomet, iaitu mahluk setengah manusia setengah haiwan atau yang lebih dikenal sebagai Kambing Iblis ( Goat Mendez ). Ia merupakan simbol utama Gereja Syaitan. Illuminati dan Bohemian Groove adalah merupakan dua kelompok rahsia Luciferian yang telah mengambil The Owl sebagai salah satu simbol utamanya.


Baphomet


Orang-Orang Berjubah Hitam

Jubah hitam merupakan pakaian ritual kaum Luciferian ( penyembah syaitan ). Pakaian di gereja syaitan ini adalah sama seperti Illuminati, Freemasonry, Rosikrusian, yang juga mengenakan jubah hitam dalam melakukan upacara ritual mereka.


Sekadar gambar hiasan ( gambar asal tidak berjaya ditemui penulis )

Kucing

Kucing adalah satu-satunya binatang yang dipuja pada zaman purba Mesir kuno. Di zaman Fir’aun, kucing bukan sahaja menjadi haiwan kesayangannya malah merupakan seekor haiwan yang rapat dengan kondisi sihir Osrian Mesir. Kucing hitam pula di dalam mitologi Barat dan Okultisme cukup terkenal sebagai The Devil Cat (kucing syaitan). Dalam kepercayaan tahyul sebahagian masyarakat kita pun mempercayai bahawa seseorang yang telah mati apabila dilangkahi jenazahnya maka mayat itu akan bangkit kembali.


Tanda Kilat (Lightning atau Thunderbolt)

Simbol (Scar) ini terdapat pada Harry Potter setelah Voldemort membunuh kedua ibu bapanya namun dia gagal untuk membunuh Harry Potter yang ketika itu masih bayi. Voldemort hanya dapat meninggalkan parut di dahi Harry Potter dan parut itu (Scarface) berbentuk kilatan halilintar atau yang dikenal juga sebagai Thunderbolt. Kilatan halilintar itu adalah mirip dengan simbol kilat seolah-olah huruf S. Ini juga merupakan simbol iblis. Dan simbol ini masih kekal dengan cukup nyata di kening Harry Potter sehingga dia dewasa.


Dan apa yang pembaca perlu mengetahui adalah, simbol kilat itu adalah sama seperti simbol kilat yang dipakai oleh Anton Szandor La Vey, ketua Gereja Syaitan, dan simbol itu adalah sebagai salah satu simbol medalion di Gereja Syaitannya di mana simbol kilat itu diletakkan di tengah-tengah simbol Pentagram terbalik (Baphomet).

Medalion simbol kilat ( thunderbolt ) yang dipakai oleh Anton Szandor La Vey, ketua Gereja Syaitan.


Gabungan simbol scar dengan simbol bintang terbalik ( pentagram )


Selain itu, simbol kilat serupa juga dipakai sebagai simbol pasukan elit Nazi Hitler, SS-Waffen, yang juga merupakan pasukan rahsia okultis Hitler di bawah komando Heinrich Himler. Agama Kristian menganggap simbol kilat ini sebagai simbol kewujudan syaitan. Dalam New Testament (Bible) Lukas 10:19, menyebut : “Dan dia (Jesus) berkata kepada mereka, aku melihat syaitan jatuh dari surga bagaikan kilat. (Teks asal : “And he said unto them, I beheld Satan as lightning fall from heaven.”) dan juga dalam Revelation : “Dan mereka akan melihat, namanya akan tergores di bahagian hadapan wajahnya.” (Revelation, 22:5)


Ular (The Snake)

Ular antara watak yang sering ditunjukkan dalam beberapa bab di dalam siri cerita ini antaranya pada siri pertama, pada permulaan Harry menyedari kebolehannya berkomunikasi dengan ular ( bahasa Sssss kot ), seterusnya ketika perlawanan Harry dengan Ular Tedung besar ketika sesi pembelajaran ilmu hitam dan juga pada klimaks siri The Chamber Of Secrets. Hal ini didasarkan kepada fahaman okultisme yang mempercayai ular juga merupakan simbol kebijaksanaan. Perkaitan yang dapat dilihat antara lainnya adalah sewaktu peristiwa penurunan Adam ke bumi, Lucifer yang mengikutinya dikatakan telah menukarkan dirinya kepada bentuk seekor ular.

Begitu juga dalam kepercayaan sihir bangsa-bangsa purba, ular memang terkenal dengan kepercayaan hal-hal kesyaitanan. Di dalam Islam juga telah dinyatakan di dalam beberapa hadith yang Nabi SAW menyuruh membunuh ular jika setelah 3 kali ianya dihalau tidak pergi kerana ianya adalah jelmaan jin kafir sepertimana sabda Baginda SAW, : “Jin terbahagi kepada 3 kelompok. 1/3 mempunyai sayap yang boleh membuatkan mereka terbang di udara. 1/3 lainnya berbentuk ular dan anjing dan 1/3 lainnya boleh beralih dari satu kelompok ke kelompok lainnya.

Hadith ini telah ditakhrij (dikeluarkan) oleh Al-Baihaqi dengan sanad sahih. Adapun hadith yang asal:


“Dari Jabir Nafir, dari Abi Tsa’labah Al-Khuntsa ra, bahawa Rasulullah saw bersabda,: ‘Jin terbahagi dalam 3 kelompok. Kelompok pertama adalah jin yang mempunyai sayap dan dapat terbang di udara. Kelompok yang kedua terdiri dari jin yang berbentuk ular dan anjing, sedangkan kelompok ketiga adalah yang boleh berubah bentuk dirinya.”


Dalam al-Mustadrak, al-Hakim meriwayatkan hadis yang sama dengan hadis di atas. Mengenai hadis ini, al-Hakim mengatakan bahawa hadis tersebut sahih sanadnya, ditakhrijkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dalam sahihnya. Menurut Adz-Dzahabi, hadis ini sahih.


Hadis ini juga serupa dengan yang diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas dalam tafsirnya, yang bermaksud :


“Jin terbahagi 3 kelompok. Kelompok pertama yang ada di udara. Kelompok kedua adalah jin yang boleh naik-turun kehendak hati mereka, sedangkan kelompok ketiga adalah jin yang berbentuk ular dan anjing." Setiap kelompok dari ketiga kelompok ini membantu kelompok atau himpunan yang lain.


Mengenai ular ini, Rasulullah SAW telah bersabda bahawa terdapat dua kelompok iaitu yang pertama al-Abtar dan yang kedua Dzu al-Thifyatayn’. Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibn ‘Umar ra, bahawasanya beliau mendengar Rasulullah saw berkhutbah di mimbar. Rasulullah saw bersabda, “ Bunuhlah ular, bunuhlah Dzu al-Thifyatayn dan al-Abtar, sebab kedua binatang itu menyembur mata dan menggugurkan kandungan.”


Di dalam Shahih Bukhari juga diriwayatkan bahawa Nabi saw memerintahkan para sahabat membunuh ular dan sesudah itu melarang membunuh ular yang menghuni rumah, sebab mereka adalah jin-jin yang menetap di rumah-rumah itu. Dalam Fath al-Bari Ibn Hajar menyebut,


“Adapun perkataan Nabi yang berbunyi: “ Bunuhlah Dzu al-Thifyatayn, “adalah ular yang mempunyai dua garis putih di belakangnya.” Ibn Abd Al-Barr pula menyebut, “Dikatakan bahawa, Dzu al-Thifyatayn adalah sejenis ular yang mempunyai dua garis putih di belakangnya, sedangkan al-Abtar adalah ular buntung (tidak berekor).”



Mirror of Erised

Dalam siri pertama (Harry Potter and The Sorcerer’s Stone), terdapat sebuah cermin yang boleh menunjukan keinginan Harry Potter yang disebut sebagai The Mirror of Erised (Bab 12 ). Di sini JK. Rowling menggunakan sebuah anagram dengan menuliskan kalimah “Desire” sebagai “Erised”. Anagram merupakan salah satu bentuk perkataan yang digunakan Ksatria Templar dan kelompok-kelompok okultis lainnya untuk menyembunyikan mesej rahsia mereka. Salah satu dari keinginan Harry Potter adalah untuk melihat kedua orang tuanya yang dizahirkan oleh cermin tersebut.


Cermin merupakan peralatan utama okultisme dalam melihat masa lalu dan masa depan (meramal). Dalam buku “A-Z of Wicca” (Gernina Dunwich, hal.114) disebutkan, “ Amalan ramalan yang merupakan praktikal sihir untuk mengetahui masa lalu, sekarang, atau masa depan adalah kebanyakannya adalah dengan menggunakan , cermin, kaca, bola kristal, lilin, bayangan air, dan sebagainya.” Di dalam Ensiklopedia Okultisme juga menyatakan, “Orang-orang yang mempelajari okultisme selalu menggunakan cermin untuk melihat dunia roh…” (Gerald & Grosset, Dictionary of the Occult, p. 153)


Dalam siri pertama Harry Potter ini, cermin tersebut memang digunakan Harry untuk bisa bertemu dengan roh kedua orang tuanya. Orang-orang Kristian Barat menuding JK. Rowling mengajarkan sesuatu yang dilarang oleh agama mereka, pada mereka al-kitab ( Bible ) jelas-jelas melarang mana-mana amalan menghubung atau menghadirkan roh orang mati (Deuteronomy 18:11). Tambahan pula jelas dikatakan bahawa orang yang masih hidup tidak akan sekali-kali dapat berhubung dengan orang yang sudah mati (Lukas 16:19-31).


Alkemi dan Nicholas Flamel

Alkemi merupakan satu ilmu kimia abad pertengahan di Eropah yang kononnya boleh menukarkan logam biasa menjadi emas. “Secara simbolik, ilmu kimia abad pertengahan adalah suatu seni kebatinan untuk mengubah bentuk manusia yang rohani ke dalam suatu bentuk yang lebih tinggi dan abadi." (Geddes & Grosset, Dictionary of the Occult, hal. 15-17).

Sejarah dunia mengenal salah seorang tokoh Alkemi utama bernama Nicholas Flamel, di mana nama ini dengan jelas telah digunakan JK. Rowling sebagai salah satu karakter siri pertama Harry Potter sebagai penjaga batu sihir. Salah satu Ritual Masonic adalah berkait rapat dengan penggunaan batu-batu yang membantu menyempurnakan ritual sihir tertentu kerana dianggap memiliki tuah dan keajaiban.


Sebuah buku yang mengisahkan tentang kehebatan ilmu kimia (alkemi) yang mampu memberi 'kuasa' kepada pengamalnya


Selain yang sudah dinyatakan di atas, ada banyak simbol-simbol atau mahluk Okultis lainnya yang dipaparkan dalam Harry Potter siri pertamanya, antara lain: Quidditch, Sapu Terbang, Nimbus, Anjing Berkepala 3 ( Fluffy ), Quirell, dan Catur. Pada simbol Catur (The Checkered), jelas pada kita bahawa ianya simbol Freemasonry. Hampir seluruh markas Freemasonry di seluruh dunia memiliki lantai kotak-kotak hitam putih yang disebut The Checkered Floor, dan ia digunakan dalam ritual pengijazahan calon Mason baru atau kenaikan darjat keanggotaan. (bersambung..)


No comments:

Post a Comment