Friday, November 27, 2009

Ulasan 'Harry Potter' Siri 4

HARRY POTTER DI SEBALIK TABIR -SIRI 4

BAGI seorang penuntut ilmu okultisme di Universiti Exeter seperti JK. Rowling, watak-watak yang terdapat di dalam cerita Harry Potter itu bukanlah rekaan atau idea darinya semata-mata kerana kesemua watak itu mempunyai hubungan dan simbolnya tersendiri yang berkait rapat dengan okultisme. Rasanya bolehlah dikatakan bahawa siri pertama Harry Potter itu sebagai sejenis buku penghantar untuk mendalami ilmu sihir seperti mana adanya buku penghantar falsafah sebagai pengenalan atau muqaddimah bagi mereka yang ingin mempelajari falsafah ataupun buku penghantar qiraat bagi yang ingin mengenali ilmu qiraat secara umumnya.

Dalam siri pertama Harry Potter, kita dapat lihat bagaimana Harry berkenalan dengan dunia sihir walaupun dia pada asalnya seorang
Muggle. Bagi jutaan kanak-kanak yang melihat peristiwa ini mungkin akan terpengaruh dengan konsep sesiapa sahaja boleh mempelajari ilmu sihir serta menjadi ahli sihir. Begitu juga dengan setiap watak yang ditonjolkan di dalam cerita ini yang masing-masing mempunyai simbolik dan mesej tersendiri.

Harry Potter

Perkataan Harry adalah diambil dari perkataan “Harold” yang bererti Panglima Perang. Nama ini kononnya diambil oleh Rowling dari nama salah seorang sahabatnya ketika zaman kanak-kanak.

Ron Weasley

Rob merupakan sahabat karib Harry Potter bersama Hermione Granger. Ron Weasley boleh diterjemahkan sebagai "Running Weasel" dalam bahasa yang lain. Hal ini mempunyai perkaitan dengan mitologi tentang juara catur Dinasti Keenam. Ron juga bermaksud “Penasihat Raja”.

Hermione Granger

Hermione Granger pula seorang gadis remaja yang bersama-sama Ron Weasley merupakan sahabat karib Harry Potter. Hermione memiliki makna sebagai “Si Pembawa Pesan” Dalam mitologi Yunani, Hermione disamakan dengan Hermes,The Messenger of the Gods. Hermione juga dipakai oleh Shakespeare sebagai nama seorang ratu dalam “The Winter Tale”.

Albus Dumbledore

Albus Dumbledore merupakan Pengetua Sekolah Hogwarts. Albus merupakan istilah latin untuk “Putih”, dan Dumbledore pula adalah daripada istilah Inggeris kuno yang bererti “lebah besar yang berbulu”. Untuk istilah yang terakhir, Rowling menyatakan dia menamakan karakter ini karena orang tua berjanggut putih panjang ini suaranya seperti berdengung, mirip dengan dengungan lebah. Manakala istilah “Albus” adalah nama bagi Geomancy (sejenis Feng Shui) yang bererti sebagai Yang Bijak, Penyelesai Masalah Yang Baik, dan juga merujuk pada Yang Tercerahkan. Erti yang terakhir ini sama ertinya dengan istilah Illuminatrix atau Iluminaty.


Beberapa watak utama di dalam Harry Potter

Minerva McGonagall

Beliau merupakan salah seorang orang kanan Albus Dumbledore. Minerva adalah nama Dewi Kebijaksanaan dan Dewi Kesenian bangsa Romawi, dan juga Dewi Perdagangan serta Seni Perang. Sedangkan “McGonagall” pula merupakan nama Scotland yang bererti Pemberani.

Argus Filch

Argus Filch merupakan salah seorang staf pejabat di Hogwarts. “Argus” adalah nama seekor raksasa dalam mitologi Yunani yang mempunyai ribuan mata dan “Filch” di sini bermaksud “Pencuri”.

Sirius Black

Sirius Black merupakan bapak baptis dari Harry Potter. Sirius merupakan nama sebuah bintang (buruj) berbentuk seekor anjing, dan kerana itu Sirius juga disebut sebagai “Bintang Anjing”. Bintang ini merupakan bintang yang paling terang di angkasa. Dalam bahasa Yunani, Sirius ditulis sebagai “Seirios” yang bermaksud “Membara”.

Namun JK. Rowling menggabungkannya dengan perkataan “Black” yang tidak ada erti lain selain dari kegelapan. Jelas kita mendapati bahawa JK. Rowling memainkan lakonan “Teknik Manipulasi Illuminaty” yang memang sentiasa mempermainkan logik manusia dengan dua perkara yang saling bertentangan. Hampir semua keluarga Sirius Black diberi nama bintang seperti: Bellatrix, Regulus, Andromeda dan Draco. Dan lagi satu hal yang perlu diketahui adalah ritual Mesir kuno seperti Kabbalah adalah terkenal dengan perhitungan bintang.

Rubeus Hagrid

Hagrid adalah merupakan satu-satunya sahabat dan pelindung Harry Potter yang mempunyai bertubuh raksasa. Hagrid itu sendiri bererti raksasa, namun boleh juga disebut sebagai Peminum. Di dalam kepercayaan Yunani kuno, Rubeus Hagrid bermaksud dewa yang paling ramah. Walaupun demikian, Hagrid dituduh oleh Hades bertanggungjawab di atas pembunuhan anak Perseus yang telah membunuh Medussa dan sebab itu dia dilarang untuk kembali ke Olympus. Namun Zeus, Tuhan Tertinggi berasa kasihan kepada Hagrid lalu dia memberikan Hagrid suatu tugas untuk menjaga seekor raksasa yang baik (suatu kontradiksi lagi seperti halnya Sirius Black) yang berada di Olympus.

Disebalik yang tersurat..

Draco Malfoy

Musuh Harry Potter, yang juga penghuni asrama Slytherin. Draco dalam bahasa latin berarti Naga. Dalam legenda latin kuno, merujuk pada raksasa naga. Sedangkan “Malfoy” adalah berasal dari dua nama yang disatukan iaitu ‘Mal’ dan ‘Foy’. ‘Mal’ dalam bahasa latin dan Sepanyol bererti “Yang Jahat” yang biasanya merujuk pada Syaitan. Sedangkan “Foy” dalam bahasa latin bererti “Kepercayaan”. Maksud ‘Malfoy’ boleh diertikan sebagai “Kepercayaan kepada Syaitan”.

Lucius Malfoy

Beliau merupakan bapa kepada Draco Malfoy. Lucius adalah istilah lain untuk Lucifer, yang antara lainnya adalah nama Dajjal. Namun bagi kalangan okultis, Lucius atau Lucifer diertikan sebagai Si Cahaya (Luciferis), dan sama ertinya dengan istilah “Illuminaty” (Cahaya). Nama Lucius juga dipakai oleh salah seorang penguasa Rome, yang bernama Seneca. Nama lengkap Seneca adalah Lucius Annaeus Seneca iaitu seorang negarawan ternama, failasuf, dan orator. Tiga Paus juga dikatakan lahir dengan nama Lucius. Namun pada hari ini, nama ini sudah dianggap menjadi nama kebanyakan orang-orang penting dunia.

Narcissa Malfoy

Beliau adalah isteri kepada Lucius Malfoy dan ibu kepada Draco Malfoy. Dalam mitologi Yunani Kuno, nama Narcissa merujuk pada seorang tokoh yang mencintai dirinya sendiri apabila dia melihat bayangan dirinya di danau yang jernih. Istilah “Narsis” sekarang ini berasal dari mitologi Narcissa.

Severus Snape

Snape merupakan felow Asrama Slytherin. Severus adalah nama lain dari “Severe” yang membawa maksud kasar, berbahaya, tidak disukai orang ramai kerana kehadirannya selalu menimbulkan kegelisahan, memiliki ego yang besar, dan sebagainya. “Snape” pula adalah nama seekor ular di Slytherin.

The Grey Lady

Beliau merupakan hantu yang menghuni sekolah Hogwarts. Badannya adalah seolah-olah real dan menjadi satu legenda di sebuah Istana Chilingham di Alnwick, Northumberland. Istana tersebut terkenal dengan 'kerasnya' kerana terdapat dalam sejarahnya ramai orang disiksa sehingga mati di salah satu kamarnya. Salah satu hantu yang paling terkenal, bernama The Grey Lady, yang sering menganggu orang dengan rintihan dan bunyi tapak kaki di tangga. Entah disengaja atau tidak, filem Harry Potter juga menggunakan lokasi istana berhantu tersebut sebagai tempat penggambaran. Wallahu'alam. (nantikan siri seterusnya..)

No comments:

Post a Comment