Tuesday, December 8, 2009

10 Perisian Penting Perlu Pada PC Anda.


Terdapat banyak perisian penting yang perlu ada dalam komputer anda.

1. Ccleaner. Untuk membersihkan sampah-sampah yang apa pada komputer anda,juga berfungsi sebagai unistall program dan membaiki registry sistem komputer anda.

http://www.ccleaner.com/

2. Foxit Reader . Untuk membaca fail pdf. http://www.foxitsoftware.com/pdf/reader/

3. Unlocker Bertindak jika terdapat fail-fail yang tidak boleh didelete. http://ccollomb.free.fr/unlocker/

4. 7-zip. Perisian percuma membolehkan kita membukan fail berformatkan .zip .rar .tar dan sebagainya http://www.7-zip.org/

5. Firefox. Pelayar web sama seperti Internet Explorer.Namun,pelayar ini lebih banyak kelebihannya. http://www.filehippo.com/download_firefox

6. Nero . Untuk burn,copy CD http://www.filehippo.com/download_nero_burning_rom/

7. K-lite Codec Pack . Sebagai player Video komputer kita. http://www.filehippo.com/download_klite_codec_pack/

8. Spybot Search & Destroy. Perisian yang memastikan komputer kita terhindar dari ancaman seperti spyware dan sebagainya. http://www.filehippo.com/download_spybot_search_destroy/

9. Antivirus Avira. Terpulang kepada anda untuk memilih antivirus apa..saya syorkan avira.Saya sendiri menggunakan antivirus avira ini kerana bagi saya ianya sesuai dengan saya.terpulang kepada anda.

http://www.filehippo.com/download_antivir/

10. Winamp. Perisian percuma yang membolehkan kita mendengar mp3,wma dan sebagainya. http://www.filehippo.com/download_winamp/

Sekian.

Saturday, November 28, 2009

Kisah UMNO & Judi..

Monday, November, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah: Loteri UMNO 1951

Kepada puak-puak "Kerajaang Perpaduang" dalam PAS. Marilah kita mengimbas kembali kepada tahun 1951 di saat UMNO secara rasmi menjadikan Lotteri Kebajikan UMNO sebagai salah satu sumber kewangan UMNO yang penting. Ertinya halal dan haram dalam UMNO tidak pernah menjadi masaalah sejak penubuhannya mereka lagi. Malahan, UMNO telah membaham duit haram sejak sebelum Merdeka lagi.

Pihak Malaysiawaves mengucapkan ribuan terima kasih kepada blog no2umno dan AlBakistani kerana memberikan kita sumber sejarah yang begitu berharga. Barulah kita tahu siapa sebenarnya UMNO. Telunjuk lurus, kelingking berkait, duri dalam daging, talam dua muka dsbnya.

Kat luar cakap nak memperjuangkan Islam tapi sejak penubuhan mereka lagi kuat makan duit haram.

Saya pernah membaca satu buku dari Terence Gomez (kalau tak silap saya) di mana beliau telah membuat kajian bagaimana UMNO telah menggunakan duit judi sebagai usaha membentras kemelesetan ekonomi pada tahun 80an. Terence Gomez berkata beliau hairan bagaimana orang-orang seperti Daim Zainuddin dan Mahathir serta UMNO yang mengaku Islam boleh bergelumang dalam dosa judi dengan begitu mendalam sekali.

Tak heran lah, generasi UMNO (yakni mereka yang dilahirkan, dibesarkan serta dididik dalam UMNO) seperti Najib Tun Razak boleh meluluskan 10 lesen judi baru dalam bulan pertama beliau menduduki kerusi Menteri Kewangan.

Parti seperti inilah yang hendak diadakan "Kerajaan Perpaduan" oleh PAS? Hmmmm apa la punya bengap diorang ni.

(Bermula artikel dari no2umno)BONGKAR !!! UMNO HALALKAN JUDI DENGAN NAMA KEBAJIKAN?
In Belit BN Belit UMNO, Islam Hadhari on March 3, 2008 at 9:51 am

al-bakistani.blogspot.com

Di sini dipaparkan surat resmi yang UMNO keluarkan sebagai pembuktian bahawa UMNO menghalalkan judi.

Surat pada lampiran (a) adalah surat yang dikeluarkan oleh SETIAUSAHA LOTERI KEBAJIKAN UMNO kepada Bendahari UMNO Malaya, Tuan Sheikh Ahmad bin Mohd Hashim, iaitu bapa kepada Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Alam sekitar( juga terlibat dalam kes Memali).

Surat Resmi ini dikeluarkan pada 1953, menandakan UMNO semenjak itu sudah beramal dengan judi sehingga ke hari ini.

Di lampiran (b) pula, dipaparkan satu keratan Akhbar utusan Melayu bertarikh 1951, menyatakan tentang fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang, iaitu Tuan Haji Abdullah Fahim bahawa Judi loteri yang UMNO gunakan itu adalah HARAM.

Pada 1951 fatwa loteri haram telah dikeluarkan, tapi pada tahun 1953 loteri tetap dijadikan sumber ekonomi UMNO lagi. ini menandakan UMNO adalah parti yang tidak pernah hirau halal atau haram.

Tahukah anda, siapakah TUAN HAJI ABDULLAH FAHIM, mufti Pulau Pinang itu?

Abdullah fahim merupakan datuk kepada Perdana Menteri Malaysia Sekarang, iaitu Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah Ahmad Badawi hanya di masyhurkan sebagai cucu tok guru, tapi sedikit pun ilmu dari datuknya tidak diambil……..

LAMPIRAN (a)
























LAMPIRAN (b)












Terjemahan tulisan Jawi dari Akhbar Utusan Melayu 20/8/1951.


Pulau Pinang-19 ogos – Loteri UMNO kalau seperti yang biasa di buat oleh Kelab-kelab Lumba Kuda itu, maka pihak ahli-ahli ‘Alim Ulama Pulau pinang dan Seberang Perai adalah menghukumkan HARAM, kerana cara perjalanan Loteri itu dita’rifkan masuk kedalam bab perkataan “JUDI” yang tersebut didalam Al-Quran.

Demikian keputusan muktamad persidangan Khas Ahli-ahli Alim Ulama Pulau pinang dan Seberang Perai yang telah dilangsungkan di Madrasah Al-khairiyyah, pokok Sena, Seberang Perai semalam dengan di hadiri oleh kira-kira 50 orang Alim Ulama dan pemerhati-pemerhati dipengerusikan oleh TUAN HAJI ABDULLAH FAHIM, Mufti Pulau Pinang dan Seberang Perai

Al Bakistani

(Nota Editor:Lantaran dari polisi2 UMNO menghalalkan judi ini, maka lahirlah generasi-generasi Melayu yang tak malu beratur kat kedai Sports Toto untuk beli judi seperti di bawah:



















Hahahahaha UMNO parti pembelot kepada Islam dan Orang Melayu. Kalau nak harap UMNO haramkan judi, kucing tumbuh tanduk lah. Lebih cepat kita tunggu Karpal masuk Islam dari UMNO nak haramkan judi dan arak pada orang Melayu.

Kalau jadi Kerajaang Perpaduang kelmarin, nanti terpaksalah Ketua Pemuda PAS(misalnya) baca doa selamat apabila Sports Toto ke, Magnum ke, Calrsberg ke buat kenduri doa selamat. Maklumlah, dah nama kerajaang perpaduang, kenalah jaga hati kawan-kawan)

BONGKAR !!! UMNO HALALKAN JUDI DENGAN NAMA KEBAJIKAN?

In Belit BN Belit UMNO, Islam Hadhari on March 3, 2008 at 9:51 am

al-bakistani.blogspot.com

Di sini dipaparkan surat resmi yang UMNO keluarkan sebagai pembuktian bahawa UMNO menghalalkan judi.

Surat pada lampiran (a) adalah surat yang dikeluarkan oleh SETIAUSAHA LOTERI KEBAJIKAN UMNO kepada Bendahari UMNO Malaya, Tuan Sheikh Ahmad bin Mohd Hashim, iaitu bapa kepada Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Alam sekitar.

Surat Resmi ini dikeluarkan pada 1953, menandakan UMNO semenjak itu sudah beramal dengan judi sehingga ke hari ini.

Di lampiran (b) pula, dipaparkan satu keratan Akhbar utusan Melayu bertarikh 1951, menyatakan tentang fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang, iaitu Tuan Haji Abdullah Fahim bahawa Judi loteri yang UMNO gunakan itu adalah HARAM.

Pada 1951 fatwa loteri haram telah dikeluarkan, tapi pada tahun 1953 loteri tetap dijadikan sumber ekonomi UMNO lagi. ini menandakan UMNO adalah parti yang tidak pernah hirau halal atau haram.

Tahukah anda, siapakah TUAN HAJI ABDULLAH FAHIM, mufti Pulau Pinang itu?

Abdullah fahim merupakan datuk kepada Perdana Menteri Malaysia Sekarang, iaitu Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah Ahmad Badawi hanya di masyhurkan sebagai cucu tok guru, tapi sedikit pun ilmu dari datuknya tidak diambil……..

LAMPIRAN (a)

LAMPIRAN (b)

Terjemahan tulisan Jawi dari Akhbar Utusan Melayu 20/8/1951.

Pulau Pinang-19 ogos – Loteri UMNO kalau seperti yang biasa di buat oleh Kelab-kelab Lumba Kuda itu, maka pihak ahli-ahli ‘Alim Ulama Pulau pinang dan Seberang Perai adalah menghukumkan HARAM, kerana cara perjalanan Loteri itu dita’rifkan masuk kedalam bab perkataan “JUDI” yang tersebut didalam Al-Quran.

Demikian keputusan muktamad persidangan Khas Ahli-ahli Alim Ulama Pulau pinang dan Seberang Perai yang telah dilangsungkan di Madrasah Al-khairiyyah, pokok Sena, Seberang Perai semalam dengan di hadiri oleh kira-kira 50 orang Alim Ulama dan pemerhati-pemerhati dipengerusikan oleh TUAN HAJI ABDULLAH FAHIM, Mufti Pulau Pinang dan Seberang Perai


Friday, November 27, 2009

Ulasan 'Harry Potter' Siri 1

HARRY POTTER DI SEBALIK TABIR -SIRI 1

Mungkin agak lama penulis tidak mempost sebarang treat disebabkan kesempitan ruang dan masa namun Alhamdulillah penulis sempat mencuri sedikit masa meskipun pada masa terdekat pelbagai exam dan bermacam2 tugasan bakal menjelang. Walau bagaimanapun, tugas sebagai seorang Da'ie Blogger tetap tidak diabaikan. Pada kali ini penulis berminat untuk berkongsi dengan para visitor sekalian mengenai movie atau novel kegemaran kebanyakan orang iaitu Harry Potter.

Harry Potter, satu novel yang terkenal dan kemudiannya ditransferkan kepada bentuk movie magis fiksyen sehingga tujuh siri ( Harry Potter and The Philosopher’s Stone yang kemudiannya diubah kepada Harry Potter and The Sorcerer’s Stone : Harry Potter dengan Batu Hikmat, Harry Potter and The Chamber of Secrets : Harry Potter dan Bilik Rahsia, Harry Potter and The Prisoner of Azakaban : Harry Potter dengan Banduan Azkaban, Harry Potter and The Goblet of Fire : Harry Potter dalam Piala Api, Harry Potter and The Order of Pheonix : Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, Harry Potter and The Half-Blood Prince : Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan, dan Harry Potter and The Deathly Hallows : Harry Potter dengan Azimat Maut ).

Cerita yang dibintangi oleh tiga remaja iaitu Daniel Radcliffe sebagai Harry Potter, Rupert Grint sebagai Ron Weasley dan Emma Watson sebagai Hermione Granger ini yang turut digelar " The Handbook of Occult " sebenarnya cuba membawa suatu mesej dan agenda tersendiri yang sememangnya di dalam perancangan pihak-pihak tertentu. Kita adakalanya terlepas pandang di dalam menilai suatu cerita disebabkan pelakon remaja belasan tahun yang mendominasi movie ini. Bagi mereka yang lemah akidahnya khususnya dikalangan yang kurang ilmu pengetahuan menjadi mangsa kepada sihir Harry Potter apatah lagi dikalangan kanak-kanak.

Cerita Harry Potter atau lebih tepat lagi sebuah cerita yang bermanhajkan Handbook of Magic and Occult (lihat di sini ) dan konsep ini diadaptasikan di dalam sistem pembelajaran di Sekolah Hogwards. Hal ini dilihat mempunyai banyak persamaan dengan ritual pemanggilan Dewi Iblis Lilith, isteri kepada Lucifer dan Ibu Baphomet (watak-watak di dalam buku ritual) yang mempunyai simbol dan karakter yang tertentu. Jika diamati kesemua novel dan cerita-cerita Harry Potter secara berulang-ulang maka kita akan mendapati bahawa ianya bukanlah sekadar novel yang biasa seperti novel-novel lain. Hal ini boleh dilihat apabila para pendidik di Amerika Syarikat dan beberapa buah negara termasuk paderi-paderi di gereja melarang anak-anak murid mereka menonton dan membaca cerita Harry Potter ini. Jika non-Muslim lebih awal menyedari akan ‘kegelapan’ yang cuba menyelubungi penggemar cerita ini maka sepatutnya seorang Muslim lebih bersikap berwaspada.

Maret 2000, Carol Rookwood, Guru Besar Sekolah Gereja St Mary's Island di Catham, England, telah mendapat maklumat bahawa rakan-rakannya di Amerika telah melarang seluruh murid mereka dari membaca semua novel Harry Potter dan ketika itu filem Harry Potter yang pertama masih belum diterbitkan ( lihat di sini ). Menurutnya : “Semua novel yang dikarang perempuan penulis dari Edinburg itu bertentangan dengan apa yang diajarkan al-Kitab. sedangkan tukang sihir, syaitan, dan iblis semuanya jahat. Tidak ada sihir yang baik!”. (BBC, “School Bans Harry Potter”, 29/3/2000). Sikap Rookwood ini bagaimanapun dikecam hebat di dalam The National Secular Society. Ketua “Persatuan Sekular British”, Keith Porteous Wood menyatakan, “Selama berabad-abad, imaginasi anak-anak telah subur bersama kisah-kisah dongeng tentang tukang sihir dan pari-pari. Sikap melarang membaca buku yang sangat popular itu akan sangat merugikan (anak-anak).” Mengenai isu ini, JK. Rowling memberi respond, “Saya tidak terlalu merisaukan kontroversi yang ada mengenai buku saya. Saya hanya menulis sesuatu hal yang sudah ada berabad lalu, pertempuran antara kekuatan kebaikan melawan kekuatan jahat. Pertempuran antara Tuhan dan Syaitan.”

Melihat kepada kondisi masyarakat di Malaysia dan kebanyakan negara Asia tidaklah peka seperti mana di negara-negara Eropah di dalam melihat isu ini sebagai suatu perkara yang besar dan bahaya jika tidak dibendung dengan awal. Samada disebabkan menganggap ianya sebagai suatu perkara yang tidak dapat memberi apa-apa permasalahan kepada akidah umat atau kerana kekurang pengetahuan terhadap simbol-simbol ritual satanic dan mungkin disebabkan adanya pengelibatan ‘tangan-tangan gelap’ yang sentiasa memastikan proses penyebaran mesej tertentu yang dikosmestikkan dengan cerita ahli sihir ini berlaku dengan lancar dan sempurna.

Di Sebalik Nama JK. Rowling

Sebelum diperbahaskan mengenai ‘cerita belakang pentas’ ini, terlebih dahulu kita mengenali pengarang novel Harry Potter ini iaitu JK. Rowling. Nama asalnya Joanne Rowling ( tanpa diletakkan huruf ‘K’ di tengahnya). Di dalam menerbitkan novel ini, penerbitnya menyarankan agar ditambahkan huruf depan dan disingkat agar kelihatan seolah-olah pengarang ini adalah seorang lelaki. Mereka beranggapan nama perempuan tidak dapat menjamin kepada pemasaran buku itu apatah lagi karya itu sangat berkualiti. Akhinya Rowling memilih nama ‘Kathleen’ sebagai nama yang ditambah di tengah-tengah namanya. Hanya di dalam novel sahaja nama Kathleen diakui namun ianya tidak diakui oleh kerajaan negaranya.

Rowling dilahirkan sebagai anak pertama pasangan Peter dan Ann yang keduanya mantan tentera Angkatan Laut Britain pada 31 Julai 1965 di Chipping Sodbury, 12 mil timur laut Bristol, England. Adiknya, Diana lahir ketika Rowling berusia 1 tahun 11 bulan. Sejak kecil Rowling telah didedahkan dengan suasana membaca bahkan beliau telah menulis satu cerita pendek ketika berusia 5 tahun yang bertajuk ‘Rabbit’. Dari Chipping Sodburry, keluarganya pindah ke daerah Winterbourne ketika Rowling berusia 4 tahun. Di tempat yang baru ini, Rowling punya jiran yang bernama Potter dan mereka bersekolah di Sekolah Dasar St. Michael. Pada usia 9 tahun, keluarganya sekali lagi berpindah ke Tutshill, South Wales. Rowling memasuki Sekolah Menengah Wyedean Comprehensive. Setelah lulus dari Wydean, Rowling ingin melanjutkan ke Oxford University namun gagal. Beliau kemudiannya masuk ke Universiti Exeter di England dan mengambil Jurusan Bahasa Perancis selama empat tahun, termasuk mengajar bahasa Inggeris di Paris selama setahun iaitu pada tahun akhir perkuliahan. Tahun 1990 Rowling lulus dan kembali ke England.

Menurut beberapa artikel kisah hidupnya, idea awal dan bab-bab pertama tentang novel Harry Potter muncul begitu saja ketika Rowling tengah berada di dalam kereta api dari Machester menuju London yang ketika itu dia masih gadis di tahun 1990. Karena tidak membawa alat tulis, Rowling menyimpan idea mengenai seorang anak lelaki berkaca mata bulat tersebut di dalam otaknya. Perkataan-perkataan awal novel Harry Potter ditulisnya di dalam flat di Manchester namun baru diselesaikan selepas beberapa tahun kemudian iaitu ketika dia telah berpisah dengan suami pertamanya yang seorang wartawan Portugal dan membawa seorang anak perempuan yang masih sangat kecil bernama Jessica. Bersama Jessica, Rowling menjadi Single-Parent dan menumpang hidup di rumah adiknya, Diana, di Edinburg, Scotland. Di Edinburg-lah Rowling menyelesaikan novel Harry Potter pertamanya. Novel itu diberi judul “Harry Poter and The Philosopher’s Stone”, yang diselesaikan dengan sebuah mesin taip usang pada tahun 1995. Namun begitu, persembahan pertamanya kurang menarik sehinggakan ditolak oleh 12 penerbit, namun hanya seorang sahaja yang menerima iaitu Bloomsbury yang bersetuju untuk menerbitkannya. Novel ini kemudiannya meletup di England tahun 1997 dan di Amerika yang diubah judulnya kepada “Harry Potter and The Sorcerer’s Stone” setahun kemudian.

Melihat kepada novel Harry Potter yang begitu banyak istilah sihir, simbol, binatang, dan ritual okultisme purba seperti Black-Cat, Owl, Jubah Hitam, ‘Minerva’ Mc Goganall, Bolt of Lightning, Ular, Penyapu Terbang, Quidditch, Mirror of Erised, Nicholas Flamel, Unicorn, Sorcere Stone dan pelbagai lagi yang disusun dengan begitu cermat dalam kisah dan pengalaman yang dialami Harry Potter pada masa awal bersekolah di Hogwarts, sukar untuk membayangkan hal itu mampu dihasilkan dari seorang ibu rumah tangga biasa yang selama ini disematkan pada diri JK. Rowling. Sudah tidak asing lagi jika sebuah novel sering berlatar belakang kehidupan penulisnya. Misal, John Grisham yang seorang lawyer dikenal sebagai penulis novel-novel ber-setting peristiwa hukum (The Firm ), Mario Puzo yang penuh pengalaman dan konflik selama Perang Dunia II dikenal sebagai penulis kisah-kisah mafia (The Godfather), Michael Chrichton yang ahli medik dan ahli biologi dikenal sebagai penulis novel-novel bersetting yang sama (A Case of Need, Five Patients), dan sebagainya.

Dan seorang JK. Rowling yang mampu menulis tujuh novel sangat tebal, yang penuh dengan ritual dan benda sihir, okultisme, simbol-simbol paganis seperti Celtics, Druids, bahkan Kabbalah ( lihat di sini ), yang dikaitkan sedemikian rupa dengan rapi dan kemas, bahkan tujuh siri novelnya ini disebut “The Handbook of Magic” atau “The Handbook of Occult” adalah karena secara terperinci memaparkan segala kaedah peritualan pelbagai sihir, termasuk mantera-manteranya maka tentulah seseorang yang menguasai apa yang ditulisnya, adalah yang paling banyak tahu tentang hal tersebut. Dari mana JK. Rowling menguasai selok-belok sihir tersebut? Jawabannya hanyalah dua, iaitu samada disebabkan dua latar belakang kehidupanya. Pertama, kota Edinburg tempat dimana dia tinggal, dan kedua, Universitas Exeter tempat dia menimba ilmu. Kedua tempat itu memang dikenal dekat dengan ilmu sihir, di mana Kabbalah, ritual Osirian Mesir Kuno menjadi sumber utamanya. ( bersambung... )

Ulasan 'Harry Potter' Siri 2

HARRY POTTER DI SEBALIK TABIR -SIRI 2


KEUNIKAN dan ketinggian imiginasi JK. Rowling ini sebenarnya agak sukar dicapai melainkan di sana adanya punca atau penyebabnya. Gambaran JK. Rowling yang begitu mendalam mengenai ritual dan simbol pagan-okultisme ini adalah tidak lain dan tidak bukan berpunca dari dua latar belakang kehidupannya, iaitu di Edinburgh dan di Universiti Exeter. Pertama, bandar Edinburgh di mana Rowling menghasilkan novel Harry Potter yang pertama dan kedua di Universiti Exeter yang di sana terdapat pengajian mengenai okultisme.

Edinburgh

Kota Edinburgh yang terletak di Teluk Fort dan berhadapan dengan Laut Utara. Lokasinya di Barat Scotland berbatasan dengan kota Berwick On Tweed di Utara Great Britain. Di sebelah timur Edinburgh terdapat Kota Glaslow. Harry Potter telah dikenali dunia dengan kota kelahirannya di Edinburgh yang pada masa tempat itu adalah tempat pelarian utama para Ksartia Templar apabila beliau tewas di tangan Paus Clement V dan Raja Philips le Bel dari Perancis pada tahun 1307. Pada waktu itu, Scotland merupakan satu-satunya negara di Eropah yang bebas dari pengaruh Vatican. Ksatria Templar itu kemudiannya diterima dengan tangan terbuka oleh Raja Scotland ketika itu, Robert de Bruce.

Mereka kemudiannya menguasai sebuah syarikat tukang batu yang bernama Mason dan dari nama inilah mereka mendirikan markas organisasi rahsia mereka yang baru ( kini dikenali sebagai Freemasonry ). Dan sehingga kini, markas para Freemason di seluruh dunia dinamakan ‘Loji’, ‘Lodge’, atau Lodge yang berasal dari sebutan ‘Gilda’ atau asrama tukang batu Scotland yang bernama Loji ( klik di sini ). Di Indonesia, terdapat satu cawangan Loji Freemasonry iaitu di Menteng, Jakarta Pusat yang dinamakan Gedung Bappenas

Di Edinburgh inilah, para aktivis Freemason mempraktikkan ilmu sihir Kabbalah serta melakukan ritual Luciferianistik mereka. Di atas sebuah bukit yang berdekatan dengan Edinburgh ( hanya 15 kilometer dari Pusat Templer kuno di Balantrodoch ), para Templer ini membina sebuah kapal yang pada mulanya dinyatakan sebagai Kapal Keluarga namun walaupun setelah kapal itu siap dibina, kapal-kapal yang lain tidak boleh sesekali disebut sebagai Kapal Keluarga (disebabkan terlalu besar, mewah dan bernilai jika dipakai oleh keluarga).

Adapun istilah ‘Keluarga’ itu hanyalah untuk ‘Keluarga Besar Templar’ atau ‘Persaudaraan Para Templer’. Pembinaan kapal ini telah diketuai oleh Willian St Clair. Kemudiannya, para aktivis Freemason dan Rosicrusian yang terpilih dan didatangkan khas dari beberapa buah negara Eropah untuk membina sebuah lagi kapal yang bernama Rosslyn Chapel. Ia juga dikatakan sebagai satu bentuk penghormatan kepada para dewa dewi dan sebagai satu bentuk tentangan kepada Gereja Katholik dan Paus. Dan inilah saat-saat yang mereka nantikan setelah begitu lama mereka ditewaskan oleh pihak Gereja.

Setelah diberi maklumat kepada pekerja-pekerjanya mengenai cara dan konsep pembinaan kapal ini, kapal ini kemudiannya dibina dengan sungguh unik dan tiada duanya di seluruh dunia. Kapal ini siap dibina sepenuhnya pada tahun 1450. Pelbagai daerah disekitar tempat pembinaan kapal itu secara tidak lansung dijadikan perkampungan demi menampung para Mason dan Rosicrusian yang bekerja untuk membina kapal ini. Arsitektural kapal tersebut sungguh unik dan tiada duanya di seluruh daratan Eropa, bahkan dunia. Mungkin boleh diungkapkan bahawa Kuil Herod (Haikal Sulaiman) yang mampu menyamai keunikan dan keindahan, serta keseraman arsitektural Rosslyn. Kapal ini juga mempunyai ciri-ciri kesenian sepertimana pada Kuil Herod dan hampir keseluruhan bahagian dari kapal ini dihiasi dengan simbol-simbol Masonik.

Di antara simbol itu adalah relief di dinding-dinding dan lengkungan-lengkungan yang menggambarkan kepala Hiram Abiff dan pembunuhnya, sebuah relief dari suatu upacara pembaiatan, dasar-dasar dari lengkungan, dan kompas-kompas. Kapal ini turut diwarnai oleh warna paganisme dan okultisme yang tulen, di mana di dalamnya bercampur elemen arsitektural gaya Mesir, Yahudi, Gothik, Norman, Celtik, Skandinavia, Templar, dan Masonik. Inilah klimaks dan hasil karyaan teragung para tukang batu (Mason) ketika itu. Salah satu aspek yang paling unik adalah puncak-puncak tiangnya yang dilatar belakangkan dengan tema bunga lili, kaktus, dan jagung, di samping bermacam-macam bentuk tanaman lainnya.

Disebabkan banyaknya elemen dekoratif pagan di dalam kapal ini telah memanggil seorang pendeta, yang menulis kisah tentang pembaptisan yang dilakukan oleh Baron Rosslyn, tahun 1589 mengeluh, : “Kerana kapal dipenuhi oleh patung-patung pagan, tidak ada tempat yang sesuai untuk menyelenggarakan Sakramen”. Ini bererti tiadanya tempat yang bersih dari simbol-simbol paganisme. Namun pada tanggal 31 Ogos 1592, hasil tekanan yang dilakukan terhadap Baron Oliver St. Claire dari Rosslyn, altar kapal yang berbentuk pagan ini dihancurkan. Antara yang lainnya, perkataan ‘Rosslyn’ sendiri dalam bahasa Gaelik bermaksud “Pengetahuan kuno yang diwariskan dari generasi ke generasi”, ini memiliki maksud yang sama dengan Kabbalah yakni “Pengetahuan Rahsia kuno yang diturunkan secara turun-temurun melalui lisan”.

Apa yang ingin dikaitkan dengan perkara ini adalah kerana adik kandung JK. Rowling, Diana, tinggal di kota ini. Dan ketika mengarang novel pertamanya, atau mungkin novel-novel berikutnya, Rowling menumpang di rumah Diana tersebut. Rowling biasa menulis di kafe-kafe di sekitar rumahnya itu. Namun tidak diketahui apakah dia melawat atau melakukan pemerhatian dengan mengunjungi Rosslyn Chapel, ataupun dia melakukan wawancara malah bersahabat erat dengan sejumlah tokoh Mason di sana. Yang jelas adalah warna Okultisme yang memang banyak di Edinburgh, memang menjadi “darah” bagi siri Harry Potter-nya.

Universiti Exeter

Motto Universiti Exeter adalah “Lucem sequimur” yang bererti “Kami Mengikuti Cahaya”. Secara umumnya, istilah “cahaya” di sini dipersepsikan sebagai ilmu pengetahuan. Namun dalampaganism-codex, “Light” atau “Cahaya” merupakan nama lain daripada “Lucifer”. Wikipedia (Indonesian Translation ) menyebut Exeter, “Exeter ialah sebuah kota di Inggris. Merupakan ibu kota Devon. Penduduknya berjumlah 100.000. Di kota ini ada sebuah katedral, reruntuhan kastil, dan sejumlah dinding peninggalan Kekaisaran Romawi. Exeter dibangun oleh bangsa Romawi, yang menyebutnya Isca Dumnoniorum. Setelah mereka meninggalkannya dan bangsa Anglo-Sakson pindah di abad ke-7, nama ini diubah menjadi Exeter. Kemudian Exeter menjadi pusat perlawanan dalam penaklukan Normandia. Sekarang kota ini menjadi tempat kedudukan Meteorological Office, yang memperkirakan cuaca di negeri ini.” ( lihat di sini ).

Apa yang menariknya, di bawah keterangan ini ( Indonesian Translation ) ada sub topik “Kota Kembar” yang memaparkan perkaitannya iaitu Rennes di Perancis. Itu berarti Exeter banyak persamaan dengan wilayah di selatan Perancis yang sejak dulu memang penuh dengan kepercayaan Kabbalah. Sekurangnya ada tiga tempat di sini yang menggunakan istilah “Rennes” yakni Rennes Le Chateau ( legenda Grail dengan Pastor Berenger Sauniere, dipaparkan secara panjang lebar dalam buku “The Holy Blood, Holy Grail” ), Rennes Le Bans, Coustassa ( misteri kematian Abbe Antione Gelis yang sehingga kini tidak terungkai ), dan Pyrennes, nama pergunungan di mana banyak kota-kota kecil ada di sekitarnya. Di wilayah ini juga ada kota kecil bernama Provence, di mana untuk pertama kalinya ajaran Kabbalah yang biasanya diwariskan dengan lisan, dibukukan. Tahta Suci Vatican meletakkan daerah ini sebagai sarang Heresy. Kerana itu, selatan Perancis sehingga kini merupakan daerah yang ketinggalan di dalam pembangunan material (diabaikan) dan dibiarkan tumbuh dengan sendirinya.

Orang-orang di sini percaya, jasad Maria Magdalena iaitu seorang yang sangat dipuja oleh persaudaraan-persaudaraan rahsia okultisme seperti Illuminaty, Templar, Rosikrusian, dan Freemasonry sehinggakan Maria Magdalena dianugerahi gelaran ‘Iluminatrix’ yang bererti “Cahaya di atas Cahaya”, serupa dengan arti nama Lucifer. Dan ini menyebabkan adanya larangan rasmi untuk menggali tanah di sekitar daerah ini bahkan untuk menanam sebatang pohon pun tidak dibenarkan. Selatan Perancis merupakan daerah kuno yang sudah ditinggalkan dan memiliki kepercayaan yang lampau sebelum kelahiran agama Kristian lagi. Terdapat banyak terowong di bawahnya yang saling berhubung antara satu dengan yang lain. Rahsia-rahsia dan mitos di sini, antara lainnya adalah harta karun Templar yang dipercayai ditanam di sini. Kononnya, Yoseph Arimatea menyelamatkan Maria Magdalena dari Yerusalem ke Perancis Selatan ini dan Maria meninggal dunia di sini. Pada setiap tahun iaitu pada 22 Julai akan diadakan Festival Magdalena di selatan Perancis.

Larangan menggali tanah di Rennes

Universiti Exeter, tempat di mana selama empat tahun JK. Rowling mengikuti kuliah bahasa Perancis, sebenarnya tidak asing lagi sebagai sebuah pusat pengajian yang memfokuskan dengan ritual-ritual pagan-okultisme seperti Druid, Celtics, dan Kabbalah. Hal ini tidaklah pelik kerana kota ini memang dibangunkan oleh bangsa Romawi yang memang akrab dengan ritual-ritual seperti itu. Bahkan walaupun mereka kemudiannya menerima agama Kristian, namun masih banyak simbol-simbol pagan-okultis yang tetap dipertahankan walau di dalam Vatican City sekalipun, dan banyak juga yang diambil sebagai sebahagian dari ritual Gereja. ( bersambung.. )

Ulasan 'Harry Potter' Siri 3


HARRY POTTER DI SEBALIK TABIR -SIRI 3

SEPANJANG tempoh pengajian JK. Rowling di Universiti Exeter, beliau sebenarnya tidak melepaskan peluang untuk melibatkan diri dalam kursus yang berkaitan dengan okultisme dan ritual-ritual sihir secara rasmi. Perkara ini dinyatak sendiri oleh Mastrisciana iaitu salah seorang ‘orang kuat’ gereja di Amerika dan di England.

Dalam sebuah video yang berjudul Harry Potter: Witchcraft Repackaged video” ini telah banyak di sebarkan dan diperbahaskan dalam perbincangan para sarjana serta pihak gereja di Amerika dan England. Mastriciana seterusnya menyatakan bahawa JK. Rowling ketika berada di Universiti Exeter bukan hanya mempelajari bahasa Perancis sahaja namun beliau sebenarnya turut mendalami ilmu okultisme di sana. (Martha Kleder for Concerned Women for America-WMA, “Harry Potter: Seduction of the Occult”, Dec 2001).

Mungkin ada benarnya apa yang dinyatakan Mastriciana kerana Universiti itu sendiri di dalamnya ada menawarkan kos yang berkaitan dengan okultisme dan paganisme kepada penuntut-penuntutnya. Kursus ini diletakkan dalam satu jurusan yang khusus iaitu “ Western Esotericism ” di bawah HuSS (School of Humanities and Social Sciences ). Jurusan yang bergelar Master of Arts Western Esotericism (MA-Western Esotericism) ini mempunyai modul-modul pembelajaran, antara lainnya adalah:

1. Alexandrian Hermetism, Neo-Platonism, dan Astrology (15 unit kredit)

2. The Hermetic Art of Alchemy (15 unit kredit)

3. Pencerahan Kabbalah dan Pengaruhnya (15 unit kredit)

4. Rosicrucianism dan Freemasonry (15 unit kredit)

5. Theosophy dan Esotericism Global (30 unit kredit)

6. Tradisi Esoteric dalam Literatur dan Masyarakat Inggris 1550 - 1670 (15 unit kredit)

7. The Esoteric Body (15 unit kredit)

8. Sufism and Islamic Devotional Life (15 unit kredit)

9. Heretics and Mystics: Language, Society and the Divine 1300-1500

10. Witchcraft in History (30 unit kredit)

11. The Disenchantment of the World? Society and the Supernatural in Early Modern Europe (30 unit kredit)

Keseluruhan modul yang ditawarkan ini adalah berbentuk program separuh masa (part-time programme) yang hanya mengambil masa 1 tahun 11 bulan dengan keseluruhan jumlah unit sebanyak 180. Persoalannya adakah benar jika JK. Rowling pernah mengikuti program-program ini sepertimana yang didakwa tadi? Ini kerana tiada sebarang catatan yang ada mengenai Harry Potter yang menerangkan soal ini. Walaupun demikian, faktanya adalah JK. Rowling menguasai dan memahami ilmu tentang sihir-sihir serta praktikalnya yang jelas kita dapat perhatikan di dalam ketujuh-tujuh episod di dalam cerita Harry Potter ini dan beliau bukanlah ibu yang biasa sepertimana ibu-ibu yang lain.

Harry Potter and The Sorcerer Stones

Ketika mana JK. Rowling menulis novel pertama ini, maka pada pemikirannya sudah lengkap gambaran-gambaran novel-novel berikutnya sehingga ketujuh-tujuh siri di mana beliau pernah menyatakan bahawa akan ada salah seorang tokoh penting akan menemui maut. Novel pertama yang diberi tajuk “Harry Potter and The Philosopher Sone’s” yang setahun kemudiannya di Amerika ditukarkan kepada “Harry Potter and The Sorcerer Stone’s” (klik pada gambar) mengisahkan tentang awal perkenalan Harry Potter ( yang berasal dari kaum Muggle iaitu satu kaum yang tidak menyukai dunia sihir dan ilmu sihir).

Kisah ini para pembaca boleh mendapati di mana-mana samada melalui novel atau pun melalui movie yang telah berada di pasaran. Secara ringkasnya, permulaan Harry Potter ditonjolkan dengan kehidupan beliau sebagai remaja yang biasa namun hidup terkurung dengan pakcik makcik serta seorang anak mereka yang berbadan gempal. Harry yang menjadi yatim piatu disebabkan telah dibunuh oleh pakcik Voldemort namun Harry terselamat. Harry kemudiannya telah diterima masuk kesekolah ahli sihir di Hogwards dan di sanalah Harry banyak menghabiskan masa. Dan di sana juga pelbagai peristiwa dan cabaran yang Harry lalui. Antaranya adalah ketika pada klimaksnya iaitu saat pertarungan dengan Prof. Quirell yang telah diparasitkan oleh Voldemort demi hidup kembali..

Dalam kisah pertamanya ini, kita akan mendapati banyak benda-benda mistik, simbol-simbol okultis, dan haiwan-haiwan yang terdapat dalam pelbagai legenda sihir dan sememangnya diyakini dalam dunia gelap sehingga sekarang. Tulisan berikutnya insya'-Allah akan dipaparkan satu-persatu semua itu beserta fotonya. ( bersambung lagi.. )

Ulasan 'Harry Potter' Siri 4

HARRY POTTER DI SEBALIK TABIR -SIRI 4

BAGI seorang penuntut ilmu okultisme di Universiti Exeter seperti JK. Rowling, watak-watak yang terdapat di dalam cerita Harry Potter itu bukanlah rekaan atau idea darinya semata-mata kerana kesemua watak itu mempunyai hubungan dan simbolnya tersendiri yang berkait rapat dengan okultisme. Rasanya bolehlah dikatakan bahawa siri pertama Harry Potter itu sebagai sejenis buku penghantar untuk mendalami ilmu sihir seperti mana adanya buku penghantar falsafah sebagai pengenalan atau muqaddimah bagi mereka yang ingin mempelajari falsafah ataupun buku penghantar qiraat bagi yang ingin mengenali ilmu qiraat secara umumnya.

Dalam siri pertama Harry Potter, kita dapat lihat bagaimana Harry berkenalan dengan dunia sihir walaupun dia pada asalnya seorang
Muggle. Bagi jutaan kanak-kanak yang melihat peristiwa ini mungkin akan terpengaruh dengan konsep sesiapa sahaja boleh mempelajari ilmu sihir serta menjadi ahli sihir. Begitu juga dengan setiap watak yang ditonjolkan di dalam cerita ini yang masing-masing mempunyai simbolik dan mesej tersendiri.

Harry Potter

Perkataan Harry adalah diambil dari perkataan “Harold” yang bererti Panglima Perang. Nama ini kononnya diambil oleh Rowling dari nama salah seorang sahabatnya ketika zaman kanak-kanak.

Ron Weasley

Rob merupakan sahabat karib Harry Potter bersama Hermione Granger. Ron Weasley boleh diterjemahkan sebagai "Running Weasel" dalam bahasa yang lain. Hal ini mempunyai perkaitan dengan mitologi tentang juara catur Dinasti Keenam. Ron juga bermaksud “Penasihat Raja”.

Hermione Granger

Hermione Granger pula seorang gadis remaja yang bersama-sama Ron Weasley merupakan sahabat karib Harry Potter. Hermione memiliki makna sebagai “Si Pembawa Pesan” Dalam mitologi Yunani, Hermione disamakan dengan Hermes,The Messenger of the Gods. Hermione juga dipakai oleh Shakespeare sebagai nama seorang ratu dalam “The Winter Tale”.

Albus Dumbledore

Albus Dumbledore merupakan Pengetua Sekolah Hogwarts. Albus merupakan istilah latin untuk “Putih”, dan Dumbledore pula adalah daripada istilah Inggeris kuno yang bererti “lebah besar yang berbulu”. Untuk istilah yang terakhir, Rowling menyatakan dia menamakan karakter ini karena orang tua berjanggut putih panjang ini suaranya seperti berdengung, mirip dengan dengungan lebah. Manakala istilah “Albus” adalah nama bagi Geomancy (sejenis Feng Shui) yang bererti sebagai Yang Bijak, Penyelesai Masalah Yang Baik, dan juga merujuk pada Yang Tercerahkan. Erti yang terakhir ini sama ertinya dengan istilah Illuminatrix atau Iluminaty.


Beberapa watak utama di dalam Harry Potter

Minerva McGonagall

Beliau merupakan salah seorang orang kanan Albus Dumbledore. Minerva adalah nama Dewi Kebijaksanaan dan Dewi Kesenian bangsa Romawi, dan juga Dewi Perdagangan serta Seni Perang. Sedangkan “McGonagall” pula merupakan nama Scotland yang bererti Pemberani.

Argus Filch

Argus Filch merupakan salah seorang staf pejabat di Hogwarts. “Argus” adalah nama seekor raksasa dalam mitologi Yunani yang mempunyai ribuan mata dan “Filch” di sini bermaksud “Pencuri”.

Sirius Black

Sirius Black merupakan bapak baptis dari Harry Potter. Sirius merupakan nama sebuah bintang (buruj) berbentuk seekor anjing, dan kerana itu Sirius juga disebut sebagai “Bintang Anjing”. Bintang ini merupakan bintang yang paling terang di angkasa. Dalam bahasa Yunani, Sirius ditulis sebagai “Seirios” yang bermaksud “Membara”.

Namun JK. Rowling menggabungkannya dengan perkataan “Black” yang tidak ada erti lain selain dari kegelapan. Jelas kita mendapati bahawa JK. Rowling memainkan lakonan “Teknik Manipulasi Illuminaty” yang memang sentiasa mempermainkan logik manusia dengan dua perkara yang saling bertentangan. Hampir semua keluarga Sirius Black diberi nama bintang seperti: Bellatrix, Regulus, Andromeda dan Draco. Dan lagi satu hal yang perlu diketahui adalah ritual Mesir kuno seperti Kabbalah adalah terkenal dengan perhitungan bintang.

Rubeus Hagrid

Hagrid adalah merupakan satu-satunya sahabat dan pelindung Harry Potter yang mempunyai bertubuh raksasa. Hagrid itu sendiri bererti raksasa, namun boleh juga disebut sebagai Peminum. Di dalam kepercayaan Yunani kuno, Rubeus Hagrid bermaksud dewa yang paling ramah. Walaupun demikian, Hagrid dituduh oleh Hades bertanggungjawab di atas pembunuhan anak Perseus yang telah membunuh Medussa dan sebab itu dia dilarang untuk kembali ke Olympus. Namun Zeus, Tuhan Tertinggi berasa kasihan kepada Hagrid lalu dia memberikan Hagrid suatu tugas untuk menjaga seekor raksasa yang baik (suatu kontradiksi lagi seperti halnya Sirius Black) yang berada di Olympus.

Disebalik yang tersurat..

Draco Malfoy

Musuh Harry Potter, yang juga penghuni asrama Slytherin. Draco dalam bahasa latin berarti Naga. Dalam legenda latin kuno, merujuk pada raksasa naga. Sedangkan “Malfoy” adalah berasal dari dua nama yang disatukan iaitu ‘Mal’ dan ‘Foy’. ‘Mal’ dalam bahasa latin dan Sepanyol bererti “Yang Jahat” yang biasanya merujuk pada Syaitan. Sedangkan “Foy” dalam bahasa latin bererti “Kepercayaan”. Maksud ‘Malfoy’ boleh diertikan sebagai “Kepercayaan kepada Syaitan”.

Lucius Malfoy

Beliau merupakan bapa kepada Draco Malfoy. Lucius adalah istilah lain untuk Lucifer, yang antara lainnya adalah nama Dajjal. Namun bagi kalangan okultis, Lucius atau Lucifer diertikan sebagai Si Cahaya (Luciferis), dan sama ertinya dengan istilah “Illuminaty” (Cahaya). Nama Lucius juga dipakai oleh salah seorang penguasa Rome, yang bernama Seneca. Nama lengkap Seneca adalah Lucius Annaeus Seneca iaitu seorang negarawan ternama, failasuf, dan orator. Tiga Paus juga dikatakan lahir dengan nama Lucius. Namun pada hari ini, nama ini sudah dianggap menjadi nama kebanyakan orang-orang penting dunia.

Narcissa Malfoy

Beliau adalah isteri kepada Lucius Malfoy dan ibu kepada Draco Malfoy. Dalam mitologi Yunani Kuno, nama Narcissa merujuk pada seorang tokoh yang mencintai dirinya sendiri apabila dia melihat bayangan dirinya di danau yang jernih. Istilah “Narsis” sekarang ini berasal dari mitologi Narcissa.

Severus Snape

Snape merupakan felow Asrama Slytherin. Severus adalah nama lain dari “Severe” yang membawa maksud kasar, berbahaya, tidak disukai orang ramai kerana kehadirannya selalu menimbulkan kegelisahan, memiliki ego yang besar, dan sebagainya. “Snape” pula adalah nama seekor ular di Slytherin.

The Grey Lady

Beliau merupakan hantu yang menghuni sekolah Hogwarts. Badannya adalah seolah-olah real dan menjadi satu legenda di sebuah Istana Chilingham di Alnwick, Northumberland. Istana tersebut terkenal dengan 'kerasnya' kerana terdapat dalam sejarahnya ramai orang disiksa sehingga mati di salah satu kamarnya. Salah satu hantu yang paling terkenal, bernama The Grey Lady, yang sering menganggu orang dengan rintihan dan bunyi tapak kaki di tangga. Entah disengaja atau tidak, filem Harry Potter juga menggunakan lokasi istana berhantu tersebut sebagai tempat penggambaran. Wallahu'alam. (nantikan siri seterusnya..)